NOTIFIKASI BAYARAN TERTUNGGAK KAD PERUBATAN NUTP (GS 3271)

7 May 2019

NOTIFIKASI BAYARAN TERTUNGGAK KAD PERUBATAN NUTP (GS 3271)

Sila abaikan tarikh akhir 14 hari yang dinyatakan dalam surat. Anda boleh membayar tunggakan premium melalui online banking (GIRO) ke:

Great Eastern Life- OCBC (701-104-4346)

Sila emel slip bayaran anda ke eb.payment@greateasternlife.com dan cc ke  payment@nutpinsurance.com berserta dengan lampiran slip gaji anda yang terkini untuk membuat pelarasan di Angkasa.

Sila label tajuk emel anda sebagai “Healthcare Short Payment Payslip” agar kami dapat memproses bayaran anda secepat mungkin. Untuk makluman lanjut, sila hubungi +603 - 4813 3807 (GE) atau +604 – 262 8998

 

Terdapat sebahagian ahli yang telah menerima surat “Outstanding Premium Notification” yang dikirim oleh Great Eastern Life pada 1 April 2019.

Premium tertunggak disebabkan 2 perkara yang berikut:

  1. Pada tahun 2015, kerajaan telah melaksanakan cukai GST bermula dari bulan April 2015. Cukai ini melibatkan semua skim Kad Perubatan (Kesihatan dan Pembedahan) di Malaysia.
  2. Premium untuk kad perubatan juga ditingkatkan pada 1 Januari 2017. Keputusan ini dipersetujui oleh EXCO Kesatuan pada masa tersebut.

Agensi kami, dan Great Eastern, telah mengeluarkan beberapa surat, SMS dan emel untuk memaklumkan semua ahli tentang peningkatan premium. Kami juga telah meminta semua ahli untuk menghantar slip gaji agar kami dapat membuat penyelarasan melalui BPA untuk potongan gaji yang betul.

Untuk ahli-ahli yang tidak menghantar slip gaji tepat pada masa, penyalarasan premium tidak dapat dilakukan, dan potongan gaji terbaharu tidak dapat dipotong melalui BPA. Maka, wujudlah bayaran tertunggak dalam akaun mereka.

We would like to stress that despite the shortfall (i.e. insufficient premium), Great Eastern has never suspended any claims from any members with short payment issues.

 

Untuk ahli yang mempunyai bayaran premium tertunggak melebihi RM2,000, anda boleh membuat bayaran secara ansuran:

  1. Potongan gaji tambahan secara bulanan melalui BPA.
  2. Bayaran ansuran melalui perbankan online ke akaun OCBC seperti yang dinyatakan di atas. Sila emel slip bayaran anda ke payment@nutpinsurance.com.

Sila hubungi pejabat kami sekiranya anda ingin membuat bayaran secara ansuran.

Kami mohon maaf atas kesulitan yang anda alami. Terima kasih atas kesabaran anda.

 

Tags:

Komen Di Sini

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay